Faiq Aizat -Apek-

saya merupakan salah seorang ahli homeroom baru bagi homeroom Puan Siti Zurhaida. Pada mulanya saya agak kaget dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. bagi saya homeroom ini sangat aktif dan mempunyai komitmen yang tinggi dengan aktiviti-aktiviti homeroom ini.


Ibu,
Dapat ku merasakan betapa gembiranya ibu,
Sewaktu mendapat berita yang ibu bakal menerima cahayamata,
Perasaan ibu waktu itu tak dapat digambarkan,
Kegembiraan juga terpancar diwajah ayah
Apabila menerima khabar tersebut..

Ibu,
Ingin sekali aku memohon maaf,
Kerana sejak dari dalam kandungan lagi,
Anakmu ini telah menyakiti ibu,
Waktu itu ibu tak pernah marah dan,
Sedikitpun ibu tak pernah salahkan anak ibu,
Kerana ibu tahu yang kandungan ibu sihat..

Ibu,
Setelah sembilan bulan aku dalam kandungan ibu,
Kini tiba saatnya untuk ibu berikan peluang untukku,
Untuk melihat dunia luar,
Maafkan aku sekali lagi ibu,
Kerana sekali telah menyakiti ibu sewaktu melahirkan aku,
Tapi setelah mendengar tangisanku yang pertama,
Sakit yang ibu rasakan sama sekali hilang,
Yang ada pada ketika itu hanya airmata kegembiraan,
Yang jelas terpancar diwajah ibu,
Kehadiran aku disambut dengan tangan terbuka,
Menjadi ahli baru dalam keluarga ibu..


No comments:

Post a Comment