Amirah Izzati ~Amira~

 Gadis kelahiran Ipoh,Perak ini merupakan anak ketiga daripada 4 orang adik-beradik.Nur Amirah Izzati atau lebih mesra disapa Amira ini ialah seorang yang pendiam,tidak banyak berkata-kata tetapi sebenarnya seorang yang kelakar jika mengenalinya.Dia seorang yang disenanangi oleh teman-teman kerana sikapnya yang suka mengambil berat.Bersandarkan cita-cita untuk menjadi seorang pakar tulang pada masa akan datang,gadis yang gemar membaca novel pada masa lapang ini berkata akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai impiannya itu.
 Apabila ditanya sebab memilih kerjaya ini,Amira menjawab dengan penuh yakin bahawa bidang perubatan merupakan bidang yang paling diminatinya sejak kecil dan kerana itu jugalah subjek Biologi menjadi subjek kesukaannya.Gadis ini mempunyai pendapatnya sendiri tentang kerjaya pilihannya,”kerjaya doctor sudah semestinya mencabar kerana kita berhadapan dengan dengan risiko kematian,kecatatan dan sebagainya,tetapi sifat mencabar inilah yang membuatkan saya terpanggil untuk memilih kerjaya ini.Saya sukakan cabaran dan juga suka menolong orang.Saya sangat meminati subjek Biologi keran subjek ini berkisarkan tentang kehidupan yang mana memberikan inspirasi dalam kehidupan saya”.


Sajak Untuk Ibu

Siapalah daku tanpa dirimu
Walaupun kau sering memarahiku
Daku tidak pernah kecewa
Kata-katamu bak mutiara
Kerana ku tahu disebalik kekatamu itu
Terselindung secebis kasih seorang Ibu terhadap anaknya...
ku pasti setiap nasihat itu adalah untuk
kebaikan diriku...
Mengajarku erti sebuah kehidupan

Ibu….
Daku telah banyak berdosa kepadamu
Dapatkah daku membalas jasa baktimu
Yang laksana pepasir di pantai
Yang telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku
Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil
Dan menatap wajahku yang hina ini...

Sempena Hari Ibu
Daku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu
Agar dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia
Disamping keluarga tercinta...


No comments:

Post a Comment